Saturday, 21 April 2018

Tips Penjagaan Wajah - Cara Memilih Skincare


Assalamualaikum semua..

Semalam yana share pasal cara nak kenal jenis kulit kita kan?

Ada yang dah cuba ke?

Wow, cepatnya..hihi amacam result? Mesti teruja kan..hihi

Bila kita dah tau pasal jenis kulit kita, barulah senang nak beli skincare atau produk yang sesuai dengan jenis kulit kita.



Barulah takde istilah “Tipah Tertipu” sebab percaya dengan brand, iklan, testimoni tanpa fikir SESUAI atau tak dengan kulit kita..huhuhu

Ada beberapa faktor yang yana rasa kita patut utamakan bila nak beli certain produk.



1.   Tengok label bahan (ingredient)

  • Kita kena pastikan bahan yang digunakan selamat, tidak berbahaya dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, hidroquinon dan lain-lain
  • Adakah bahan yang digunakan semulajadi, organik atau pun tidak
  • Adakah kandungan bahan yang digunakan boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif, iritasi atau pun tidak
  • Cara membaca label adalah dari atas ke bawah. (rujuk video)


2.   Bertanya pada orang yang tepat atau cari maklumat secukupnya

  • Jika kulit jenis berminyak dan berjerawat, janganlah bertanya pada orang yang wajahnya cuma naik jerawat dua bulan sekali. Maklumat yang kita dapat biasanya tidak tepat. Tapi bertanya pada orang yang kulitnya seakan kulit kita dan dah bebas dari jerawat. Tips daripadanyalah yang kita perlukan.
  • Kadang terdapat produk yang bahannya ditulis dalam bahasa yang tidak difahami seperti Jepun, Korea atau pun Thailand. So, kita boleh Google, cari maklumat di laman sesawang (Website). Kebiasaannya, kita akan dapat. Tapi kalau beli dekat pasar malam je, mungkin susah sikit la kan nak cari maklumat. Tepuk dada, tanya selera.

3.    Terdiri daripada Set Basic yang betul

        ·   Dalam penjagaan wajah, kita haruslah mempunyai 3 jenis
             produk yang asas (basic) iaitu:
ü  Pencuci Muka (Cleanser)
ü  Penyegar (Toner)
ü  Pelembap (Moisturizer)
·  Ketiga-tiga ini penting dalam melindungi dan menjaga kulit kita kerana setiap produk mempunyai fungsinya yang tersendiri.
·  Serum, mask, scrub adalah antara rangkaian tambahan yang hanya akan ditambah jika perlu sahaja. Sebagai contoh, serum sesuai bagi seseorang dalam lingkungan 25 tahun ke atas bagi memberikan keanjalan ke atas kulit dan mengelakkan kedutan di wajah. Ini kerana, kandungan kolagen semakin berkurang selepas usia 25 tahun.

Simple kan?

So, kenapa perlu memperjudikan kulit wajah kita semata-mata ingin puaskan hati yang sentiasa teruja untuk nampak cantik.

Cuba ambil masa dan selidik betul-betul sebelum nak beli sesuatu produk.

Tak rugi pun sebabnya kesan pengambilan produk yang sesuai dengan jenis kulit kita akan memberikan wajah yang kita idam-idamkan.

Tapi kalau nak cari vitamin yang sesuai dengan anda, WhatsApp yana segera di sini.

No comments:

Post a Comment

Youth Skincare Untuk Kulit Lebih Muda

Assalamualaikum.. Good morning.. Macam mana perjalanan ke tempat kerja selepas cuti umum semalam? Ok ke ko? Jalan jem, meeting pulak lam...