Thursday, 19 April 2018

Tips Penjagaan Wajah - Cara Kenal Jenis Kulit


Assalamualaikum semua..

Baru-baru nie yana ada buat kelas “Tips Penjagaan Wajah” dekat Group WhatsApp.



Ada 5 topik yang yana cover dalam kelas yana.

Dekat sini yana akan share dengan lebih details lagi dan yana akan cuba masukkan lebih banyak input yang bermanfaat untuk semua.

Tapi harini yana akan share first topic dulu.

Topik pertama yang yana sentuh adalah berkaitan dengan “Cara Kenali Jenis Kulit Wajah Kita”.


Semua tahu yang kulit kita adalah berbeza dan tidak sama. Kita dengan kawan kita, dengan adik beradik kita, dengan mak ayah kita, dengan orang sekeliling mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Apa yang membezakan kulit wajah kita?

Ada tiga faktor yang membezakannya:



Kalau korang nak tau jugak, kulit kita pun boleh berubah-ubah.

Dah la tak sama dengan orang lain, kulit kita pun jenis yang berubah-ubah jugak.

Faktor yang mendorong perubahan ini ialah:

1.       Tekanan (Stress)
·  Stress dari segi bidang kerja, situasi tempat kerja, persekitaran kita atau pun student yang terlalu banyak assignment/aktiviti di university/kolej/sekolah

    2.       Perubahan hormon mendadak
·  Hormon menjadi tak stabil membawa kepada penghasilan minyak yang berlebihan di wajah
·  Berkaitan dengan tekanan yang melampau jugak

3.      Pengambilan ubat-ubatan
·  Kandungan bahan tertentu dalam ubat turut menyumbang kepada jenis kulit yang berubah

4.      Kesan produk yang digunakan
·  Sikap suka bertukar-tukar skincare/produk boleh memberikan kesan buruk kepada kulit
·  Bahan dalam produk yang merosakkan kulit jika digunakan untuk satu tempoh masa


Jenis Kulit



Kita nie kategori mana? Berminyak? Normal? Kering? Sensitif? Kombinasi?

Apa cara yang boleh dilakukan untuk ketahui jenis kulit kita?

Atau pun kena jumpa pakar kulit dan scan menggunakan “skin test”?

Dalam kelas, yana share tentang Blotting paper.

Menurut dermatologist, kita boleh check sendiri jenis kulit kita dengan membeli blotting paper atau kertas minyak di farmasi.

Apa yang perlu kita lakukan adalah:



Selepas kita dah dapkan blotting paper di wajah, kita perlu perhatikan perubahan ke atas blotting paper tersebut.

Result yang kita dapat, kita bandingkan dengan chart dibawah.



So, korang boleh cari blotting paper dan try sendiri.

Selamat mencuba.


P/S: Sebarang pertanyaan, boleh je klik sini untuk direct WhatsApp yana.

No comments:

Post a Comment

Youth Skincare Untuk Kulit Lebih Muda

Assalamualaikum.. Good morning.. Macam mana perjalanan ke tempat kerja selepas cuti umum semalam? Ok ke ko? Jalan jem, meeting pulak lam...