Assalamualaikum
semua..
Semalam yana
share pasal cara nak kenal jenis kulit kita kan?
Ada yang dah
cuba ke?
Wow,
cepatnya..hihi amacam result? Mesti teruja kan..hihi
Bila kita
dah tau pasal jenis kulit kita, barulah senang nak beli skincare atau produk
yang sesuai dengan jenis kulit kita.
Barulah
takde istilah “Tipah Tertipu” sebab percaya dengan brand, iklan, testimoni
tanpa fikir SESUAI atau tak dengan kulit kita..huhuhu
Ada beberapa
faktor yang yana rasa kita patut utamakan bila nak beli certain produk.
1. Tengok label bahan (ingredient)
- Kita kena pastikan bahan yang digunakan selamat, tidak berbahaya dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, hidroquinon dan lain-lain
- Adakah bahan yang digunakan semulajadi, organik atau pun tidak
- Adakah kandungan bahan yang digunakan boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif, iritasi atau pun tidak
- Cara membaca label adalah dari atas ke bawah. (rujuk video)
2. Bertanya pada orang yang tepat atau cari maklumat secukupnya
- Jika kulit jenis berminyak dan berjerawat, janganlah bertanya pada orang yang wajahnya cuma naik jerawat dua bulan sekali. Maklumat yang kita dapat biasanya tidak tepat. Tapi bertanya pada orang yang kulitnya seakan kulit kita dan dah bebas dari jerawat. Tips daripadanyalah yang kita perlukan.
- Kadang terdapat produk yang bahannya ditulis dalam bahasa yang tidak difahami seperti Jepun, Korea atau pun Thailand. So, kita boleh Google, cari maklumat di laman sesawang (Website). Kebiasaannya, kita akan dapat. Tapi kalau beli dekat pasar malam je, mungkin susah sikit la kan nak cari maklumat. Tepuk dada, tanya selera.
3. Terdiri daripada Set Basic yang betul
· Dalam penjagaan wajah, kita haruslah mempunyai 3 jenis
produk yang asas (basic) iaitu:
ü
Pencuci Muka (Cleanser)
ü
Penyegar (Toner)
ü
Pelembap (Moisturizer)
· Ketiga-tiga ini penting dalam melindungi dan
menjaga kulit kita kerana setiap produk mempunyai fungsinya yang tersendiri.
· Serum, mask, scrub adalah antara rangkaian
tambahan yang hanya akan ditambah jika perlu sahaja. Sebagai contoh, serum
sesuai bagi seseorang dalam lingkungan 25 tahun ke atas bagi memberikan
keanjalan ke atas kulit dan mengelakkan kedutan di wajah. Ini kerana, kandungan
kolagen semakin berkurang selepas usia 25 tahun.
Simple kan?
So, kenapa
perlu memperjudikan kulit wajah kita semata-mata ingin puaskan hati yang sentiasa
teruja untuk nampak cantik.
Cuba ambil
masa dan selidik betul-betul sebelum nak beli sesuatu produk.
Tak rugi pun
sebabnya kesan pengambilan produk yang sesuai dengan jenis kulit kita akan
memberikan wajah yang kita idam-idamkan.
Tapi kalau
nak cari vitamin yang sesuai dengan anda, WhatsApp yana segera di sini.