Saturday, 3 March 2018

Tips hilangkan parut jerawat berlubang secara semulajadi


Assalamualaikum semua..

Ramai yang hadapi masalah jerawat kan? Stress je bila jerawat naik dan meninggalkan kesan berparut.. Kalau perempuan, guna make up jela nak tutup bekas-bekas parut tersebut.. Tapi kalau parut yang jenis berkawah atau berlubang, make up pun tak dapat tolong..

Macam husband yana, dia suka sangat picit jerawat.. Kesannya, kulit wajah berparut dan ada kesan berlubang.. Sebab tue yana tak suka picit jerawat..

Kebiasaannya, jerawat yang berada pada lapisan bawah atau yang lebih dalam akan menyebabkan ianya berlubang apabila dipicit..

Yana tahu beberapa tips mudah dalam menghilangkan parut jerawat berkawah atau berlubang dan boleh mengecilkan liang roma besar.. Yang penting bahan-bahannya semulajadi dan selamat..


Jom kita tengok tipsnya:

  Ø  Tomato
Buah yang berwarna merah dan kaya dengan Vitamin A & C, serta likopena iaitu anti-oksidan yang mampu melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh. Kita jugak tahu bahawa tomato bagus dalam menghilangkan jerawat dan bintik hitam.  Yana ada dua cara menggunakan tomato..
a)      Mask tomato
Blend atau hancurkan tomato yang telah masak, kemudian sapukan ke wajah. Biarkan selama 20 – 30 minit dan bilas.
b)      Ice Skin (Yang nie yana belajar dari FB Guru Imej, Puan Mary.. Korang boleh follow ye, banyak tips yang dikongsikan)
Ambil 10-15 biji tomato masak dan blend. Masukkan ke dalam ice tray dan bekukan dalam peti sejuk. Bila dah beku boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Setiap hari boleh ambil satu kiub tomato dan gosok perlahan dimuka. Bilas kemudiannya.

  Ø  Lidah Buaya (Aloe Vera)
Ramai yang tahu gel berlendir aloe vera mampu melicinkan kulit wajah dan menghilangkan jerawat. Aloe vera kaya dengan pelbagai vitamin, enzim, asid amino dan mineral yang berkhasiat untuk kulit. Tipsnya ialah ambil bahagian gel berlendir aloe vera dan sapukan ke wajah. Biarkan 20 minit dan bilas.

  Ø  Skincare yang bersesuaian
Kalau korang nak tahu, penggunaan skincare yang sesuai boleh membantu mengurangkan masalah liang roma besar dan menghilangkan bekas jerawat berlubang. Youth by Shaklee mampu mengatasinya dan sesuai dengan semua jenis kulit. Dengan menggunakan bahan semulajadi yang terdiri daripada Muscadine Grape, Green Algae, Lotus Japonicus, Apple Stem Cell Extract, Schisandra Chinensis Fruit Extract dan jugak Vital Repair+Complex, Youth mampu memperbaharui sel baru untuk kulit dan melicinkan struktur kulit.




Terdapat testimoni berkesan yang telah berjaya mengurangkan bekas jerawat berlubang walaupun dengan penggunaan kurang dari sebulan.







Best kan tips di atas dengan testimoni yang berkesan.. Jom dapatkan Youth dengan harga promosi sempena bulan pelancaran Youth dan dapatkan penjimatan sehingga RM 567.10.

Klik sini untuk sebarang pertanyaan atau pun pembelian.

No comments:

Post a Comment

Youth Skincare Untuk Kulit Lebih Muda

Assalamualaikum.. Good morning.. Macam mana perjalanan ke tempat kerja selepas cuti umum semalam? Ok ke ko? Jalan jem, meeting pulak lam...