Sunday, 28 January 2018

Homemade Mask Cantikkan Kulit




Assalamualaikum.. Cantik dan manis je bila kita senyum kan?

Senyuman itu kadang memberikan kita "kesembuhan" secara tidak nyata.. Senyuman yang boleh merawat hati yang duka, memberikan sedikit semangat dan "cahaya" untuk terus bernafas dan melangkah dalam hidup ini.. Falsafah pulak..hihi

Yana ada soalan nie.. korang pernah tak buat mask muka? Samada mask yang dibeli ataupun homemade.. Soalan nie mesti gugurl je yang selalu jawab kan.. Ehh, zaman sekarang lelaki pun dah pandai nak jaga muka tau..

Mask muka nie berfungsi dalam menyegarkan kulit muka, membuang kotoran di lapisan atas kulit dan boleh mencerahkan kulit muka kita.. Tak susah pun, buat seminggu sekali atau dua kali je dah cukup..

Yana suka buat yang homemade sebab kulit muka yana sangat sensitif dengan product yang ready made macam sheet mask or peel mask..


Ada 2 jenis mask yang yana suka buat:

1) Yogurt

Plain yogurt atau natural yogurt mampu menyegarkan dan melembapkan kulit. Yogurt yang bersifat anti-bakteria dapat menyingkirkan kotoran dan jugak jerawat degil di wajah kita.

ESP pulak berfungsi dalam memberikan keserian kepada wajah. Protein soya sangat baik dalam menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit.

Caranya:

1/2 cawan Plain Yogurt
1sudu ESP


Gaul bersama dan ratakan ke wajah. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air suam.





2) Vitamin C

Seperti kita tau, vitamin c mampu mencerahkan kulit wajah. Yana suka guna mask Vitamin C sebabnya ia bertindak sebagai anti-oksida, mengurangkan kulit berminyak, mengecilkan liang pori di muka dan  melicinkan kulit wajah.

Caranya:

1/2 tablet Sustained Release Vita C Plus
Sedikit air suam sejuk


Campur dan hancurkan vitamin c. Sapu rata ke wajah sambil menggosok lembut dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.





Tak susah kan?

Jom cuba dan dapatkan result yang anda inginkan.

Hubungi yana di nombor 019-518 3216.









No comments:

Post a Comment

Youth Skincare Untuk Kulit Lebih Muda

Assalamualaikum.. Good morning.. Macam mana perjalanan ke tempat kerja selepas cuti umum semalam? Ok ke ko? Jalan jem, meeting pulak lam...